Dua orang penunggang motosikal telah terlibat dalam satu kemalangan apabila penumpang sebuah kereta telah membuka pintu kereta secara tiba-tiba.
Pintu kereta yang dibuka secara mengejut itu telah menyebabkan penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu terjatuh ke atas jalan raya setelah melanggar pintu kereta tersebut.
Menurut perkongsian di akaun media sosial Threads, difahamkan kejadian tersebut telah berlaku pada waktu petang pada 6 Februari lalu di kawasan berhampiran Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Difahamkan, insiden itu telah dikongsikan di media sosial oleh kakak salah seorang mangsa yang menunggang motosikal.

Artikel Berkaitan: Lelaki Pandu Kereta Dengan Tayar Belakang Hancur Tinggal Rim Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Dilanggar Pemandu Mabuk, Wanita Meninggal Dunia Lepas 7 Hari Bertarung Nyawa Di Hospital
Difahamkan, pintu kereta itu dipercayai telah dibuka oleh penumpang kanak-kanak.
Menurut perkongsian kakak mangsa lagi, adiknya itu mengalami kecederaan pada tangan iaitu patah tangan kiri dan berkemungkinan perlu menjalani pembedahan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengingatkan ibu bapa untuk menggunakan fungsi kunci keselamatan kanak-kanak atau childlock agar pintu kereta tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak ketika kenderaan sedang bergerak di jalan raya.
Sumber: Threads

15 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















