Dua orang adik-beradik berdepan dengan detik cemas dan mendebarkan apabila kedua-dua mereka telah dikejar oleh seroang lelaki yang bersenjatakan pisau pada malam tadi.
Menurut Berita Harian, kejadian tersebut telah berlaku di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Taman Lagenda, Melaka.
Mangsa iaitu seorang pelajar universiti dan adiknya difahamkan telah menunggu ahli keluarga mereka masuk ke dalam kereta di kawasan parkir tersebut.
Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 tahun telah datang mendekati dua beradik itu dan memarahi serta menjerit ke arah kedua-dua mangsa.

Artikel berkaitan: Perangkap Berjaya, Perhilitan Tangkap Harimau Kumbang Di Bukit Bangkong
Artikel berkaitan: Dokumen Kelahiran Pemain Warisan Harimau Malaya, Facundo Garcés Tular
Lebih mencemaskan apabila lelaki itu dipercayai memegang sebilah pisau.
Untuk menyelamatkan diri, dua beradik itu telah melarikan diri masuk ke dalam pusat beli belah itu namun mereka kemudiannya telah dikejar oleh lelaki berkenaan.
Walau bagaimanapun, suspek difahamkan telah terjatuh ketika mengejar mangsa sekali gus menjadikan mangsa-mangsa berhasil menyelamatkan diri mereka.
Lelaki berkenaan tidak lama kemudian telah berjaya ditahan oleh polis.
Hasil ujian air kencing, lelaki tersebut telah disahkan positif dadah jenis methamphetamine, lapor Sinar Harian.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

14 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















