Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai seorang lelaki berumur 30 tahun dikatakan bercinta dengan gadis muda berusia 15 tahun telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Lebih mengejutkan, hubungan mereka didakwa telah bermula sejak gadis itu berumur 13 tahun. Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kebimbangan ramai pihak yang risau jika gadis itu diambil kesempatan memandangkan usianya yang masih remaja.
Artikel berkaitan: Gadis 15 Tahun Umum Bercinta Dengan Lelaki Umur 29 Tahun, Netizen Luah Rasa Bimbang
Artikel berkaitan: Thailand Haramkan Pernikahan Bawah 17 Tahun Lepas Kes Lelaki Malaysia Kahwin Kanak-Kanak 11 Tahun
“Saya ikhlas membantu”
Susulan perkongsian itu mendapat kritikan ramai, lelaki yang didakwa bercinta dengan gadis berkenaan tampil mempertahankan dirinya.
Katanya, dia yang merupakan seorang bapa yang memiliki tiga orang cahaya mata tiada niat buruk seperti dakwaan yang dilemparkan netizen.
Bagaimanapun, netizen menyelar tindakannya bercinta dengan gadis muda ditambah pula undang-undang memperuntukkan umur minimum untuk perkahwinan bagi wanita adalah tidak kurang dari 16 tahun.
Pun begitu, dia menjelaskan mereka belum berkahwin lagi tetapi dia ikhlas membantu bakal pasangannya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen sememangnya tidak dapat menerima kenyataan lelaki terbabit walaupun kedua-duanya sudah memberi penjelasan mengenai hal tersebut.
Sumber: X