syaz ft 2025 06 25T154531.562

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam safehouse Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dilucutkan hak terhadap aset tersebut.

Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memohon melucutkan kesemua aset itu dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: Disyaki Simpan Senjata, SPRM Kerah Pasukan Taktikal Ke Rumah Tan Sri

Artikel berkaitan: Kronologi Kehilangan Isteri Taikun Bisnes Sarawak, Dipercayai Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Pejabat SPRM

SAABM010

Beliau juga menegaskan, kes membabitkan Ahli Parlimen Bera itu juga sudah selesai dan kini bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuat pertuduhan berkaitan jenayah membabitkan Ismail Sabri.

“Setakat ini, TPR bersetuju untuk difailkan proses pelucutan aset yang dirampas itu dalam tempoh seminggu atau dua lagi selepas kita kemukakan afidavit untuk melucutkan hak.

Saya juga sahkan kes membabitkan Ismail Sabri sudah selesai disiasat dan bergantung kepada TPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini terpulang kepada Ismail Sabri untuk mencabar proses pelucutan hak aset yang dirampas itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri  beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Azam dilapor berkata, siasatan dibuat susulan arahan supaya Ismail Sabri membuat pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.