Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengemukakan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Artikel berkaitan : [TERKINI] Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan, Ketepi Hukuman Penjara & Sebatan
Artikel berkaitan : Berjaya Tamatkan Acara Renang 400 Meter Di Langkawi, Ayden Dedah Syed Saddiq Motivasinya
“Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat.”
Beliau turut menegaskan yang dirinya tidak kecewa dengan keputusan hari ini selepas siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasatnya.
“Saya tiada ‘personal’ dengan sesiapa… tiada rasa kecewa atau suka dalam kita menyiasat apa-apa kes.”
Seperti yang kita sdia maklum, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dibebaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara 7 tahun serta 2 sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Seramai 3 panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, mereka sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.
Sumber : Berita Harian