mpm minta cheah liek hou mohon maaf

Tak selesa dengan perkataan ‘scam’ yang digunakan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou dalam satu hantaran di media sosial, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin mahu atlet berkenaan meminta maaf.

Menurut laporan Stadium Astro, Presiden MPM ini berpendapat penggunaan perkataan tersebut dalam hantaran berkenaan boleh menyumbang kepada naratif kurang tepat, apatah lagi ia digunakan oleh individu yang memiliki ramai pengikut rentetan daripada prestasi cemerlang setiap kali beraksi di pentas tertinggi.

bac34aa5cd78ac0de43d7d2187530602

Sebagai individu yang sudah terbuka dengan pergaulan dan cara komunikasi sempurna melibatkan ramai orang, pendekatan yang diambil Liek Hou dalam menyuarakan persoalan diangggap tidak profesional, katanya.

Perkataan ‘scam’ itu sendiri membawa kepada naratif kurang baik.

Apatah lagi ia di tujukan kepada badan payung MPM itu sendiri.. pic.twitter.com/T3We5CaqXQ

— FinaNasrom (@fnasrom) September 23, 2025

Artikel berkaitan: “Ini bukan cara kita layan atlet” – Hannah Yeoh Pertahan Cheah Liek Hou

Artikel berkaitan: Terima RM 1 Juta Lepas Dapat Pingat Emas, Cheah Liek Hou Nak Derma Sebahagian Kepada Kebajikan

Tambah Megat D. Shahriman lagi, jika ada usaha daripada pemain nombor satu dunia tersebut untuk mengendurkan keadaan menerusi permohonan maaf atas kekhilafan yang berlaku, ia sudah mampu memujuk hati MPM selaku badan payung atlet para negara.

Saya mempercayai bahawa tidak ada mana-mana individu atau organisasi dalam dunia akan bersetuju dengan perkataan itu. 

“Kita perlu sedar dan mengetahui rasa hormat serta bersikap adil dengan semua perkara. 

“Saya sentiasa memaklumkan kepada semua orang termasuk diri saya sendiri untuk sering meminta maaf dan memperbetulkan semula keadaan. 

“Memohon maaf adalah mudah tetapi memerlukan banyak usaha. Jika anda rasa perkara itu berat, ia atas peribadi masing-masing,” katanya lagi.

kuota23824 1724384655

Dalam pada itu, MPM juga katanya akan tetap menuntut penjelasan bertulis daripada Liek Hou, selain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan isu ini.

Kita akan berhubung terus dengan pihak persatuan sukan yang bertanggungjawab. Kita juga harus mengumpul maklumat supaya menjadi pengajaran. 

“Itu akan menjadi penting untuk MPM memiliki dokumen itu,” katanya lagi kepada Astro Arena.

Sumber: Stadium Astro

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.