Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram babit dana Angkatan Anak Muda (ARMADA).
Menurut Berita Harian, penentuan kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai ini telah diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
Artikel berkaitan: Timbalan Pendakwa Raya Dakwa Syed Saddiq Arah ‘Clearkan’ RM1 Juta, Elak Wang Disita SPRM
Artikel berkaitan: Syed Saddiq Didakwa Berniat Jahat, Gunakan Alasan ‘Manfaat Politik’ Untuk Arah Keluar RM1 Juta – Pendakwa Raya
Manakala Syed Saddiq pula diwakili oleh Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan bertindak bagi pihak Pendakwa Raya.
Syed Saddiq, 32, sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman terhadapnya dengan bersandarkan 18 alasan menerusi petisyen rayuannya difailkan pada 12 Disember tahun lalu.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan telah merayu kepada keputusan mahkamah yang mensabitkannya atas empat pertuduhan termasuk bersubahat melakukan kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Sumber: Berita Harian