Menerusi filem yang diadaptasi dari siri animasi tempatan popular di era 90-an iaitu Keluang Man, satu lagi watak penting dalam filem itu belum lagi didedahkan. Ia adalah watak Tiong Man atau Samad yang menjadi rakan karib kepada Keluang Man.
Jika watak Tiong Man ada dalam sekuel seterusnya, ramai yang berspekulasi pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang memegang watak tersebut.
Artikel berkaitan: “Sebak, berair mata” – Geng Millenials Teruja Dengar OST Keluang Man, Penyanyi Asal Krisya Buat ‘Comeback’
Artikel berkaitan: “Kena, kena, kena!” – Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Ramai Netizen ‘Approve’
Bukan Naim Daniel pegang watak Tiong Man
Susulan dakwaan tersebut, Penerbit Eksekutif filem Keluang Man, Raja Jastina Raja Arshad menegaskan Naim Daniel bukanlah pelakon yang akan menjayakan watak terbabit.
Menurut Jastina, setakat ini, pihak Astro Shaw masih belum menetapkan siapa pelakon yang akan memegang watak sebagai Tiong Man.
“Kami masih belum membuat keputusan siapa yang akan memegang watak-watak dalam sekuel filem Keluang Man.
“Bila kami benar-benar pasti siapa yang akan memegang watak apa nanti, kami akan dengan gembiranya mengumumkan kepada semua.
“Jadi Naim Daniel bukan Tiong Man. Not at this moment,” katanya.
Jelasnya, pasukan kreatif Keluang Man masih lagi sedang menggarap jalan cerita dan watak-watak yang akan muncul dalam sambungan filem itu kelak.
“Apa yang anda lihat dalam filem Keluang Man, tidak semestinya seperti apa yang anda fikirkan. Segala kemungkinan boleh berlaku. Kena tunggu dan nantikan kesinambungannya,” ujarnya.
Terdahulu, kelibat Naim muncul dalam beberapa buah babak filem arahan Anwari Arshad itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan kononnya dia yang akan menggalas watak sebagai side kick kepada Keluang Man lakonan Nas-T.
Semalam, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Sumber: Kosmo!