Baru-baru ini, kumpulan wanita yang terkenal sekitar era 1990-an, Elite mengumumkan yang mereka bakal tampil dengan konsert sulung iaitu Elite Live ’25 di Plenary Hall, KLCC pada 20 September depan.
Selepas kemunculan kumpulan yang dianggotai Azza, Shasha Saidin, Abby Abadi dan Watie Sadali ini di pentas Konsert GenKRU di Axiata Arena pada Mei lalu, Elite katanya telah dihampiri oleh beberapa penganjur yang menunjukkan minat untuk mementaskan konsert mereka.
Artikel berkaitan: “Dia tukar QR company kepada QR personal dia” – Azza Elite Kena Tipu Dengan Pekerja Sendiri
Artikel berkaitan: Marissa Dania Datang Mohon Maaf Daripada Ibu Ketika Siaran Live Abby Abadi
Harga tiket konsert jadi bualan ramai?
Walau bagaimanapun, harga tiket konsert ini yang bakal dijual pada 26 Jun ini telah menimbulkan perbincangan ramai kerana ada yang menganggap harganya sedikit mahal.
Ada juga yang mengatakan ahli kumpulan ini sudah tidak sesuai beraksi di atas pentas kerana masing-masing sudah bergelar ibu dan ada juga yang sudah berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum ini.
“Tak berminat, duduk tepi”
Susulan isu harga tiket konsert tersebut, Abby Abadi yang merupakan ahli kumpulan wanita itu bersuara di hantaran Instagramnya dengan meminta agar orang ramai memberikan mereka peluang untuk menjayakan konsert sulung Elite itu.
Katanya lagi, dia juga tidak sabar-sabar untuk mengembalikan nostalgia para peminat di zaman remaja bersama lagu-lagu mereka.
Yang tak berminat takpe, duduk tepi. Yang pasti ramai dah kawan-kawan kami sendiri yang sudah tak sabar nak battle tiket ya.
“Tak sabar nak tunggu Khamis nanti. Tak sabar nak mengembalikan nostalgia zaman-zaman remaja bersama kami anggota ELITE. Dan yang paling hebat, kawan-kawan sendiri nak beli tiket yang paling mahal okey.
“Yang dari Singapore pun siap sudah tempat hotel, awal betul,” katanya.
Ada yang dah bersedia untuk battle tiket konsert ini esok?
Sumber: Instagram, Berita Harian