Collage 10

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan pelbagai program kenegaraan, perpaduan, sejarah dan warisan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri rakyat.

Image 1

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Gerak Integrasi Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026, Sambutan Anak Merdeka Malaysia, Pameran Kemerdekaan, Program Mengenang Tun Abdul Razak, Pameran Pesta Bola Merdeka, Bermalam di Muzium serta Pidato Rukun Negara.

Image 2 Image

Pelaksanaan program ini selari dengan aspirasi Pembinaan Negara Bangsa, yang menekankan pengukuhan identiti nasional, rasa kebersamaan dan kecintaan terhadap negara tanpa menafikan kepelbagaian kaum, agama, budaya dan wilayah.

KPN kekal komited untuk memperkukuh perpaduan, menyemai semangat patriotisme dan memastikan penghayatan terhadap sejarah, warisan serta Rukun Negara terus menjadi asas dalam membina Malaysia yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera.