Siapa sangka pengaruh penyanyi kelahiran Malaysia, Shila Amzah menempa nama yang begitu besar di China! Bukan setakat lagu yang dihafal, malah ada peminat lelaki di sana yang sanggup ‘berhijab’ semata-mata mahu meniru imej ikonik penyanyi tersebut.
Perkara itu turut menarik perhatian suami Shila sendiri, personaliti media sosial Ubai Mz, yang berkongsi semula video tular tersebut di akaun Threads miliknya.
Ubai Pun Boleh ‘Pening’ Tengok Gelagat Peminat
Menerusi hantaran tersebut, Ubai kelihatan terhibur (dan mungkin sedikit keliru) melihat seorang lelaki di China yang sedang gigih bersenam di gimnasium. Apa yang melucukan, lelaki tersebut mengenakan sehelai kain hitam di kepala yang digayakan persis hijab yang sering dipakai oleh Shila Amzah.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Perkembangan Seth Uwais Sempena Hari Autisme, Bangga Anak Kini Makin Bijak
Artikel berkaitan: “Please bagi Shila Datuk” – Ramai Terkejut Lihat Populariti Shila Amzah Di China, Konsert Terima Sambutan Hebat
Video bertajuk “Shila Amzah’s Fans PT2” itu memaparkan lelaki berkenaan melakukan senaman sambil menghayati lagu Mandarin nyanyian Shila.
Nampaknya, imej bertudung Shila sudah menjadi satu trademark yang sangat kuat sehingga peminat lelaki pun sanggup mencari kain untuk dijadikan ‘tudung’ ekspres ketika bersenam, malah netizen Malaysia juga terhibur dengan kreativiti netizen negara Tembok Besar itu.

Sebagai info, karier Shila Amzah di China mula melonjak naik secara fenomena selepas beliau menyertai program realiti Asian Wave pada tahun 2012, di mana beliau muncul sebagai juara dan berjaya menambat hati juri serta penonton dengan kemampuannya menyanyi dalam bahasa Mandarin.
Sumber: Threads

4 hours ago
8


















![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















