“Dia tinggi, kacak & boleh nyanyi” – Netizen Pertikai Aliff Aziz Pegang Watak Sultan Mansur, Hazama Tampil ‘Backup’

3 hours ago 4

Isu pemilihan pelakon dan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz sebagai teraju utama dalam pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu nampaknya terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Meskipun keputusan itu menerima pelbagai respons kurang senang daripada sesetengah pihak, penyanyi dan pelakon Hazama berpendapat pemilihan Aliff sebenarnya adalah langkah yang sangat tepat.

Menurut Hazama, pengarah teater berkenaan yang juga legenda muzik tanah air, Datuk M Nasir pastinya mempunyai pertimbangan dan sebab tersendiri apabila meletakkan kepercayaan kepada Aliff.

Artikel berkaitan: “Sangat catchy” – Ini Sebab M Nasir Anggap Lagu Raya Moden Kurang Melodi

Artikel berkaitan: “Sewaktu saya tonton dahulu, tiada babak seperti itu” –  Sabri Yunus Dah Beberapa Kali Tonton Pementasan Teater ‘Viral’

770774687 28799961292925350 6458111861629856251 N

“Saya rasa Datuk M Nasir mungkin ada alasannya tersendiri memilih Aliff. Saya sendiri hadir untuk uji bakat dan apabila ditanya sama ada saya nak cuba uji bakat watak Sultan Mansur, saya cakap tak nak sebab saya tahu, saya bukan pelakon teater.

Jadi, saya hadir untuk uji bakat walaupun watak sampingan sebab saya nak bekerja di bawah arahan Datuk M Nasir memandangkan ini adalah karya arahan pertamanya,” katanya.

M Nasir Bukan Main Tangkap Muat

Dalam laporan Harian Metro, mengulas kritikan netizen yang mempertikaikan bakat Aliff, Hazama yang bakal memegang watak Somdet itu menjelaskan bahawa naskhah teater muzikal kali ini amat mencabar dan memerlukan individu yang mempunyai pakej lengkap.

“Memang benar, ada pelakon yang kacak, hebat dalam lakonan, ada wajah Melayu, tapi naskhah ini sukar dan memerlukan seseorang yang boleh berlakon dan juga menyanyi.

Bagi saya, Aliff ada pakej itu. Dia memiliki rupa paras kacak, tinggi, boleh berlakon dan menyanyi. Apabila saya lihat dia di dalam ‘frame’ bersama pelakon-pelakon lain, nampak dia memang ‘terletak’ di situ,” katanya lagi.

Hazama turut menambah bahawa faktor penampilan fizikal serta karisma Aliff sangat membantu memberikan impak visual yang meyakinkan di atas pentas.

“Posisi untuk disesuaikan dengan barisan pelakon lain pun memainkan peranan juga. Jadi, bila Aliff ada dengan pelakon-pelakon lain, orang ‘percaya’ yang ini adalah watak Sultan sebab dia ada ‘look’ itu.

Saya yakin Datuk M Nasir pun bukan main ambil sahaja pelakon. Sebenarnya, ada ramai lagi pelakon yang menjalani uji bakat (watak Sultan Mansur), tetapi Aliff dipilih kerana dia ada kriteria dikehendaki.

Ini pendapat saya dan saya minta maaf sekiranya tak sama dengan pendapat orang lain. Saya kongsikan pendapat berdasarkan pengalaman saya bekerja dengannya,” katanya.

Sebagai info, Mansur dan Liu adalah pementasan teater muzikal sulung arahan maestro seni tanah air, Datuk M. Nasir, yang mengangkat kisah hubungan diplomatik dan sejarah antara Sultan Melaka keenam, Sultan Mansur Shah, dengan Puteri Liu dari Dinasti Ming berdasarkan karya klasik Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |