Seorang wanita warganegara Malaysia yang telah 18 tahun terpisah dari keluarga kerana mengikut suami ke Lombok, Indonesia akhirnya berjaya kembali pulang ke pangkuan keluarga baru-baru ini.
Menurut perkongsian Ahli Parlimen Lenggong yang juga merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menerusi Facebook beliau, pihak beliau dengan kerjasama Wisma Putra melaui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia telah membawa pulang wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norida Akmal bersama anaknya.

Difahamkan, 18 tahun dahulu Puan Norida telah mengikuti suaminya iaitu warga Indonesia ke Lombok.
Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya terpaksa hidup serba kekurangan dan perlu menyara kehidupannya di negara orang.

Puan Norida dilihat sebak apabila pulang ke tanah air menerusi foto tang dikongsikan menerusi Facebook Ahli Parlimen Lenggong itu.
Sumber: Facebook Shamsul Anuar Nasarah

19 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















