Isnin lepas, kita dikejutkan dengan berita duka pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid. Berita duka tersebut dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram miliknya.
Terkini, Afiqah ada kongsikan satu detik hiba yang mana dia buat kali terakhir menatap wajah arwah ayahnya itu sebelum mereka ‘berpisah’.
Artikel berkaitan: Perginya Seorang Ikon Seni, Kenali Sosok Di Sebalik Nama Jalil Hamid
Artikel berkaitan: Jalil Hamid Terkilan Royalti Hanya RM100 Setahun Meski Lagu Sering Dimainkan Di Radio
“Kau cinta pertamaku, dan selamanya dalam jiwa ku”
Dalam video tersebut, dilihat Afiqah mencium dahi jenazah Allahyarham Jalil Hamid yang dipercayai baru selesai dimandikan.
“Seorang Ayah itu adalah cinta pertama untuk anak perempuan. Benar kau cinta pertamaku, dan selamanya dalam jiwa ku. Ya Allah kasihani lah dia, maafkan dia ya Allah, rahmati dan sejahtera kan lah dia. Kasihanilah ayah dan ibu ku ya Allah, sebagaimana kasih mereka terhadapku sedari aku masih kecil. Amin.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuklah rakan artis turut merasa sebak dan memberikan sokongan moral buat Afiqah untuk sentiasa kuat dan cekal dalam menghadapai dugaan.
Untuk rekod, Afiqah sebelum ini menjelaskan bahawa bapanya itu meninggal dunia usai menunaikan solat Subuh. Katanya, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika masuk ke bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21, Subang Jaya, Isnin lepas. Difahamkan, Allahyarham sebelum ini mempunyai masalah jantung dan pernah menjalani rawatan secara berkala.
Sumber : Instagram, Astro Awani

5 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















