Pelakon Amir Ahnaf baru-baru ini mengejutkan peminat apabila berkongsi pengalamannya berdepan gangguan saka yang didakwa menjejaskan urusan ibadah serta hubungan percintaannya, dalam sebuah audio siar.
Berkongsi keadaan terkini, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, memberitahu dia sudah pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan di Sabah pada tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana keadaan saya kini sudah bertambah baik dan semakin sihat jika hendak dibandingkan dengan dua tahun lalu,” ujarnya.
Suka bersendiri, mudah benci orang
Menceritakan detik hitam ketika diganggu, Amir mengakui personaliti dia berubah sehingga menjadi seorang yang antisosial dan mudah berasa benci terhadap orang sekeliling tanpa sebab yang kukuh.
“Ketika itu, saya memang tidak mahu berjumpa dengan orang, lebih suka bersendiri dan benci pada semua orang.
“Malah, kalau ada orang buat jahat dengan saya, saya akan balas dengan lebih teruk lagi terhadap mereka. Namun, Alhamdulillah sekarang saya sudah rasa lebih tenang sikit,” katanya.

Artikel berkaitan: “Bilik asing si comel” – Individu Dedah DM ‘Manja’ Dengan Amir Ahnaf?
Artikel berkaitan: “Itu satu compliment” – Nadhir Nasar & Amir Ahnaf Tak Kisah Dipanggil ‘Muka Awam’
Selepas merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya, dia tekad menjalani rawatan secara tradisional bagi membersihkan diri daripada gangguan berkenaan.
“Benda itu sebenarnya sudah habis dibuang pada tahun lepas. Saya sendiri sudah pergi ke Sabah dan menjalani proses pembersihan diri di Tawau bagi memastikan gangguan itu benar-benar hilang,” katanya.
Mengulas lanjut, Amir tidak memaksa orang ramai untuk mempercayai cerita yang disampaikan, namun niatnya berkongsi pengalaman itu hanyalah untuk kesedaran mengenai dunia ghaib.
Terdahulu, dalam perkongsian sebelum ini, Amir mengatakan bahawa keluarganya memang mempunyai sejarah berkaitan simpanan saka.
Sumber: Harian Metro

2 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















