Seorang guru tadika dikenakan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya dengan mencubit lengan hingga lebam.
Susulan pertuduhan itu, guru terbabit, Nurul Amira Natasya Mohd Nazri, 25, memohon maaf atas kesalahannya kerana gagal mengawal emosi ketika kejadian.
“Saya mohon maaf kerana gagal mengawal emosi dalam mendidik kanak-kanak,” katanya yang dikenakan denda sebanyak RM1,200.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu.
Artikel berkaitan: Guru Denda Suruh Ketuk Ketampi 30 Kali, Kecederaan Lutut Murid Tahun 5 Ini Didakwa Jadi Makin Teruk
Artikel berkaitan: Guru Disaman RM15K Gara-gara Denda Anak Murid Tak Nak Solat Di Indonesia

Dalam pertuduhan itu, Nurul Amira didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah tadika di Taman Sentang Jaya, Batu Pahat, pada jam 10 pagi, 14 April lalu.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit mendapati ada kesan lebam pada lengan kanan anaknya selepas pulang ke rumah.
Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa anaknya telah dicubit oleh guru, tetapi tidak berpuas hati dengan insiden itu lalu membuat laporan polis.
Polis yang bertindak atas laporan yang dibuat memaklumkan mangsa telah dicubit dua kali pada lengan kanan.
Mangsa juga dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail dan laporan mengesahkan terdapat kecederaan pada lengannya.
Sumber: Harian Metro

3 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















