Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, penyanyi Nubhan akhirnya tampil bersuara tentang punca dia menceraikan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek (Dr Fie).
Nubhan berkata, pada mulanya dia langsung tidak mempunyai niat untuk menceraikan bekas isterinya itu dan cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga, namun Nubhan mendakwa isterinya membuat satu permintaan yang dianggap keterlaluan yang mendorong dirinya melafazkan cerai.
Artikel berkaitan: Nubhan Sedia Pertimbangkan Tarik Balik Kes Pelanggaran Dr Afifah Jika..
Artikel berkaitan: Barang Kemas Dan Wang Tunai Hilang, Dr Fie Tawfek Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Suami
“Apabila saya tidak menceraikan, dia ingin menuntut harta 50-50, dan sign 5 juta. Sekiranya saya tak menceraikan dia, dia disuruh untuk minta fasakh. Tuntut harta dulu, dah dapat harta, baru kahwin balik. Jadi saya ‘jammed’ lah.”
Dalam pada itu, Nubhan turut menyatakan dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk membahagiakan isterinya, namun reda sekiranya jodoh mereka tidak bertahan.
“Saya sayang rumah tangga tu, sebab tu tak jadi cerai pada awalnya. Tapi bila jadi macam tu, saya rasa jangan ambil kesempatanlah. Saya tahu saya belajar tak tinggi, tapi saya bekerja keras untuk bagi keselesaan pada anak-anak dan dia.
“Saya cuba tunaikan semua permintaan dia. Saya tahu dia belajar penat, dia seorang doktor. Saya berusaha buka satu klinik gigi untuk dia. Mungkin saya terlalu manjakan dia kot. Dan sebab tu juga banyak pelanggaran dia buat.”
Dalam temubual secara eksklusif bersama Hlive itu lagi, Nubhan turut mendedahkan bahawa Dr Fie pernah menuntut wang perbelanjaan sebanyak RM10,000 sebulan dan dia berusaha keras untuk menunaikan permintaan Dr Fie yang masih lagi berstatus isterinya pada waktu itu.
Bagaimanapun, Nubhan yang memaklumkan bahawa dia mempunyai banyak tanggungan selain keluarga kecilnya itu, menyatakan dia pasrah seandainya segala usaha yang diberikan olehnya tidak mampu memuaskan kehendak isterinya dan reda jika mereka terpaksa berpisah.
Selepas Nubhan dan Dr Fie sah bercerai talak satu, konflik antara mereka kembali hangat apabila Nubhan mendakwa Dr Fie ada membuat 3 pelanggaran perintah mahkamah.
Sumber : Instagram

2 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















