Sekitar 87 aktivis kemanusiaan yang dikhabarkan ditahan di Pelabuhan Ashdod, Israel telah melancarkan mogor lapar secara besar-besaran.
Ketua Pengarah Pusar Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sany Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes terhadap penahanan secara haram kira-kira 9,500 warga Palestin oleh rejin Zionis.
Artikel berkaitan: “Correct!” – Peminat Jerit ‘Viva Viva Palestina’ Masa Konsert, Respon Harry Styles Buat Ramai ‘Excited’!
Artikel berkaitan: Israel Luluskan Undang-undang Hukuman M*ti Buat Tahanan Palestin, Netizen Luah Rasa Berang & Sedih
“Mogok itu sebagai tanda bantahan terhadap penahanan haram, layanan tidak berperikemanusiaan serta pencabulan hak asasi yang dijalankan oleh pihak rejim ke atas aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).”
Katanya lagi, kesemua aktivis tersebut mahukan dunia terus mendesak untuk hentikan undang-undang yang tidak masuk akal terhadap kesemua tahanan Palestin itu khususnya dari Gaza.
“Mereka ditahan termasuk doktor dan pemuda di bawah umur menanti untuk digantung sampai mati tanpa bicara.”

Mengulas mengenai usaha untuk membebaskan tahanan dari Malaysia, beliau mengatakan bahawa pasukan guaman tempatan melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Manusia (CENTHRA) sedang membuat persiapan rapi dengan tindakan perundangan dari peringkat awal.
Jelasnya, CENTHRA kini sedang bekerjasama dengan firma guaman Legal Center for Arab Minority Rights, satu firma yang mempunyai kepakaran khusus dalam mengendalikan kes di peringkat Mahkamah Dunia khususnya kes yang membabitkan rejim Israel.
“Pasukan peguam daripada firma dilaporkan telah bersedia di Pelabuhan Ashdod untuk menguruskan kebajikan dan tindakan undang-undang buat aktivis yang diculik.”
”Melalui rangkaian dan akses undang-undang yang ada, peguam terbabit berjaya mendapatkan pengesahan awal bahawa seluruh delegasi kemanusiaan, termasuk 29 rakyat Malaysia, berada dalam keadaan yang stabil.”
“Sekatan dan halangan yang dihadapi pihak guaman menghadapi kesukaran yang tinggi pada tahun ini kerana rejim Israel bertindak menafikan hak akses peguam untuk bertemu dan mewakili para aktivis secara individu.”
Tambahnya, kehadiran pasukan guaman terbabit kritikal dalam menuntut hak tahanan tersebut selain daripada mengumpul segala bukti pelanggaran undang-undang di bawah Konvokesyen Geneva.
Jelasnya, ia juga penting untuk mengelakkan aktivis-aktivis yang ditahan itu dipindahkan ke Penjara Ketziot atas pertuduhan terbabit aktiviti pengganas.
Sumber : Harian Metro

8 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















