Ft Nadzmi Wak

Umum mengetahui tindakan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs mencampak coklat ke dalam lautan telah mengundang kecaman orang ramai.

Usahawan dan personaliti fesyen, Wak Doyok juga tampil memberikan kecaman tersebut terhadap Haroqs dengan melabelkan Haroqs sebagai seorang yang tidak kacak dan bodoh.

Artikel berkaitan: Pilih Akmal Old Money Sebagai Model Baju Melayu, Wak Doyok Terima Pujian Orang Ramai

Artikel berkaitan: Netizen Dakwa Perfume Baru Keluarannya Ciplak Dior Sauvage, Ini Respon Wak Doyok

Dah lah tak handsome, b*do pulak tu – Wak Doyok

Malah, Wak Doyok menyifatkan tindakan yang Haroqs lakukan itu boleh menyebabkan kehidupan laut seperti penyu boleh terbunuh sambil menyifatkan ia sesuatu yang kurang cerdik serta telah menjadi tontonan umum.

701635737 2717178498651381 896556464204901308 N

Kecaman yang dilihat agak keterlaluan telah membuatkan pelakon Nadzmi Adhwa rasa terpanggil untuk memberikan respon.

Suami kepada Ardell Aryana yang juga salah seorang sukarelawan untuk misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) itu mempersoalkan paras rupa Wak Doyok sehingga individu ini boleh memperlekehkan seseorang.

Screenshot 2026 05 21 123357

Berhubung dengan kecaman tersebut, Haroqs sebelum ini telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai tindakannya itu dengan mengatakan bahawa dia berharap agar makanan itu boleh sampai kepada anak-anak Gaza.

Img 5437

Berita terkini mengenai GSF 2.0, setakat semalam, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima apa-apa perkembangan terkini mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan Israel sejak Isnin lalu.

Sumber : Threads, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.