Puncak Alam Ketukan

Sejak semalam, media sosial terutamanya di Threads kecoh dengan dakwaan dari penduduk Puncak Alam yang terdengar bunyi ketukan misteri di kediaman mereka sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

Menerusi komen-komen dikongsikan penduduk Puncak Alam, ada yang mendakwa terdengar bunyi ketukan misteri itu, namun mereka tidak berani membuka pintu untuk melihatnya.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan punca ketukan yang dialami mereka. Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan perkara mistik.

Misteri bunyi ketukan itu dikatakan mengganggu penghuni sama ada di rumah bawah atau rumah bertingkat.

Tidak hanya ketukan pintu, ada juga yang mendakwa terlihat kelibat lembaga menakutkan. Ada yang menyimpulkan, kemungkinan perbuatan seseorang yang sedang mengamalkan ilmu hitam.

Screenshot 2026 05 21 121248 Screenshot 2026 05 21 121335 Screenshot 2026 05 21 121346

Artikel berkaitan: “Macam ada rambut panjang” – Tular Video Seperti Kelibat Hitam, Individu Dedah Itu Sebenarnya…

Artikel berkaitan: “Selak langsir, tiada apa-apa” – Penduduk Dakwa Ketukan Misteri Sebab Ada Orang Uji Ilmu Pukau

Pun begitu, ada yang turut mendakwa kejadian itu mungkin berlaku kerana tekanan atmosfera seperti yang pernah dialami oleh penduduk di Bertam pada tahun lalu.

Ia terjadi ketika cuaca panas dan selepas itu berlakunya hujan lebat dan ribut. Disebabkan itu, pintu, tingkap atau bumbung rumah ‘bergegar’ atau mengeluarkan bunyi seperti ketukan.

Screenshot 2026 05 21 121229

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.