Syaz Ft 2026 02 19T102824.103

Sebut sahaja mengenai sambutan Tahun Baru Cina, pasti gambaran pertama yang muncul di fikiran adalah tradisi makan besar dengan hidangan seperti Yee Sang atau itik panggang. Namun, bagi masyarakat Cina di Terengganu, sambutan perayaan mereka mempunyai keunikan tersendiri yang jarang dilihat di negeri-negeri lain.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna TikTok, @mltan4, yang memaparkan suasana meriah sambutan Tahun Baru Cina di kampung ibunya yang terletak di Dungun, Terengganu.

Artikel berkaitan: “I pergi enjoy concert je” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Cina Nyanyi ‘All Out’ Ketika Konsert Ella

Artikel berkaitan: Tahun Baru Cina & Awal Ramadan Bakal ‘Bertembung’, Bos Jual Ikan Ingatkan Pelanggan Beli Lauk Siap-siap

Berbeza dengan menu lazim perayaan, tetamu yang hadir di rumah saudara-mara pemuda ini dijamu dengan hidangan ikonik Terengganu. Antara yang disediakan termasuklah Nasi Dagang, Nasi Minyak, dan pulut kuning. Malah, juadah sampingan seperti sate dan gulai kambing turut menjadi pilihan utama buat para tetamu yang hadir.

@mltan4

CNY style Terengganu 😍 Makan besar versi Pantai Timur 🐟🍜 #cny #nasidagang #terengganu #dungun #nasiminyak

♬ Happy Chinese New year 2026 – Mtjung Stars

Paling menarik perhatian adalah kehadiran pencuci mulut tradisional Melayu, iaitu tapai. Dalam video berkenaan, pemuda tersebut menunjukkan betapa uniknya gabungan budaya ini apabila tapai menjadi antara snek kegemaran yang dinikmati semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Selain daripada faktor makanan, video tersebut turut menyentuh hati netizen apabila memaparkan kehadiran ramai rakan dan jiran berbangsa Melayu yang hadir untuk bersama-sama meraikan sambutan tersebut.

Cats 19

Menurut pemuda tersebut, tradisi menjemput rakan-rakan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa adalah satu keistimewaan yang ada pada masyarakat di sana. Beliau turut menyifatkan suasana tersebut sebagai satu bentuk kebanggaan buat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya namun tetap bersatu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.