Pempengaruh, Cik Epal mendedahkan yang dia ada menerima mesej daripada kaum wanita yang baru sahaja bercerai, katanya mereka meminta tips daripadanya untuk cekal dalam mengharungi dugaan.
Jadi, sebagai wanita yang pernah melalui fasa penceraian, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud ini ada tampil memberikan nasihat dan kata-kata pemangkin semangat menerusi Threads miliknya.
Artikel berkaitan: “Dia punya tak puas hati” – Cik Epal Tergelak Bila Dituduh Bayar Jason Buat Review Piza Mendonia
Artikel berkaitan: “Dah cerai yuran nak 50/50 pulak” – Cik Epal Dedah Perbualan Mesej Dengan Anak
“Kita memang tak lari daripada rasa sedih, kecewa, terluka dan putus asa. Perasaan itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita hidup dan punya hati.” – Cik Epal
Pesan Cik Epal, mereka yang baru bercerai, dicurangi suami dan ibu tunggal ini jangan putus ada dengan Allah. Katanya, setiap kehilangan dan perpisahan pasti akan ada hikmah yang telah diatur.
“Bila seseorang “ditarik” dari hidup kita, mungkin memang peranan dia sudah selesai. Dan mungkin juga Allah nak kosongkan ruang itu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih tenang, lebih sesuai dengan jiwa kita.”
“Seperti yang disebut dalam Al-Quran: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Rahmat Allah itu sangat luas. Dia tak pernah kejam.Yang berlaku mungkin menyakitkan, tapi tidak pernah sia-sia.”
Jelasnya lagi, setelah melalui fasa yang menyakitkan itu, mereka harus fikir tentang diri mereka dan latuh diri untuk menjadi lebih kuat, matang dan dekatkan diri dengan Allah.

Untuk rekod, pada Oktober 2024, Cik Epal mengumumkan yang dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Jofliam setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Kontroversi mula tercetus apabila hubungan mereka dilihat seperti diakhiri dengan persengketaan apabila mereka dilihat ‘dingin’ sesama sendiri di media sosial.
Untuk info, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014, mereka dikurniakan cahaya mata kaitu Han dan Yuki.
Sumber : Threads, Sinar Plus

17 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















