Seringkali terpalit dengan kontroversi, Adeline Chang yang terkenal di media sosial sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia dikatakan melakukan kekecohan di sebuah pusat kecantikan.
Insiden yang memperlihatkan dia bertengkar dengan pekerja pusat kecantikan dan pengawal keselamatan itu menjadi tatapan umum ketika dia membuat sesi live dan kongsikannya semula di TikTok sehingga ia tular serta meraih lebih 200K jumlah tontonan dalam masa 20 jam ia dimuat naik.
Artikel berkaitan: “Dia ada penyakit tiroid” – Buat Hantaran Jelik, Adeline Chang Didenda RM7,000
Artikel berkaitan: Bakal Didakwa Atas Kes Hantaran Jelik, Adeline Chang Tiba Di Mahkamah Dengan Alice
Datang lewat sejam, mengamuk appointment kena cancel
Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila janji temu yang Adeline tetapkan bersama pihak premis itu telah dibatalkan.
Adeline Chang ada membuat janji temu untuk perkhidmatan keningnya pada 9 Februari 2026, namun begitu dia dikatakan tiba lewat sejam dan pihak premis terpaksa batalkan sesinya.
Perkara tersebut membuatkan Adeline berang dan pihak premis telah memulangkan deposit bernilai RM 50 selepas berlakunya kekecohan.
Bagaimanapun, Adeline dikatakan enggan untuk beredar dan meminta untuk membuat janji temu yang baharu. Bahkan, dia turut mendakwa bahawa pihak salon sebelum ini telah berjanji untuk memberikannya perkhidmatan tatu bibir secara percuma dengan syarat menjadi model untuk salon tersebut.
Namun begitu, semuanya terbatal dan pihak salon tidak mahu dia datang ke premis mereka pada hari berikutnya itu kerana sudah mempunyai model lain selain dirinya. Ini didakwa kerana pihak salon kurang berkenan dengan sikapnya itu.
Adeline dah buat laporan polis
Berikutan dengan insiden yang terjadi, Adeline menerusi Facebook miliknya memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut. Dia mendakwa bahawa tangan kirinya mengalami lebam kerana pemilik salon tersebut menarik tangannya dengan kuat.

Sehingga setakat artikel ini ditulis, belum diketahui sama ada pihak salon akan memberi kenyataan lanjut berhubung kejadian yang berlaku.
Sebelum ini, Astro Awani melaporkan bahawa Adeline Chang pernah didenda RM 7,000 di Mahkamah Sesyen Sepang selepas dia didapati bersalah memuat naik hantaran komunikasi jelik terhadap budak lelaki berusia lima tahun di media sosial pada bulan Mei 2024.
Sumber : TikTok, Astro Awani, Facebook

13 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















