Ramai wanita sebenarnya berdepan tekanan kewangan dalam diam. Daripada ibu yang mengorbankan simpanan demi keluarga, hinggalah wanita bekerjaya yang terbeban dengan kos sara hidup dan tanggungjawab penjagaan keluarga.
Perkara itu dikongsikan dalam persidangan “From Confidence to Legacy: Women Shaping Financial Futures” anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di Sasana Kijang sempena Hari Ibu.

Menurut AKPK, isu kewangan wanita bukan sekadar berkaitan hutang, tetapi turut melibatkan tekanan emosi, simpanan persaraan dan keyakinan untuk mengurus masa depan sendiri.
Wanita Masih Kurang Bersedia Dari Segi Simpanan
Pengurus Besar, Bahagian Pendidikan dan Jangkauan Masyarakat, Nor Fazleen Zakaria berkata ramai wanita menjadi “menteri kewangan” dalam keluarga, namun masih mengabaikan keselamatan kewangan jangka panjang mereka sendiri.

Dalam sesi khas itu, Suhaila Shawal, Director of the Leadership Development Centre, TNB ILSAS, berkongsi bagaimana keputusan mengambil “deliberate pause” selepas kelahiran anak kedua telah membuka peluang lebih besar dalam kerjayanya. Beliau turut menggalakkan wanita berani ceburi bidang berimpak tinggi dengan membina kemahiran dan jaringan profesional.
Artikel berkaitan: Program KasihnlTa Memperkasa Ibu Tunggal Melalui Inisiatif Perundangan, Kewangan & Pembangunan Potensi Diri
Artikel berkaitan: “Jangan peduli apa orang cakap” – Pernah Dikecam, Pemandu Lori Kontena Ini Buktikan ‘Women Power’!

Turut berkongsi pengalaman ialah Masitah Mohd Affandy yang menyentuh cabaran emosi dan kewangan yang pernah dilaluinya sebelum bangkit membina keyakinan diri. Menurutnya, masa lalu tidak menentukan masa depan kewangan seseorang.

AKPK Perkenal “Ringgit Diary”
Dalam persidangan itu, AKPK turut memperkenalkan “Ringgit Diary” iaitu inisiatif bagi membantu orang ramai membina tabiat berbelanja secara lebih terancang dan berdisiplin.
Langkah itu selari dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026–2030 yang memberi fokus kepada pendidikan kewangan lebih awal sebelum seseorang berdepan masalah hutang serius.
Wanita Digalakkan Bina Masa Depan Sendiri
Persidangan itu diakhiri dengan ucapan YBhg. Datuk (Dr) Nora Manaf, yang menekankan kepentingan keseimbangan antara kerjaya, nilai diri dan kestabilan kewangan dalam membina masa depan wanita yang lebih kukuh. Beliau turut menggalakkan wanita untuk membina daya tahan diri demi menjamin kebebasan kewangan dan kerjaya jangka panjang.

AKPK berharap lebih ramai wanita tampil mengambil kawalan terhadap kewangan mereka demi masa depan diri, keluarga dan komuniti.
Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

11 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















