Pemungut hutang yang menjadi tumpuan ramai kerana kesalahan mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berumur 14 tahun pada minggu lalu telah mencuri perhatian hari ini apabila dia merayu agar dikenakan hukuman paling berat terhadap dirinya ketika di mahkamah.
Tertuduh yang dikenali sebagai Mohamad Fadwan Abd. Muaain, 42, sepatutnya dijatuhi hukuman penjara buat keseluruhan 6 tahun dan 3 sebatan selepas kesemua hukuman diperintahkan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 16 Mei lalu.
Artikel berkaitan: Suspek L*wat, Kurung Remaja Lelaki 14 Tahun Di Bukit Kemuning Sudah Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Suspek L*wat Remaja Lelaki Rupannya Pernah Dipenjara 17 Tahun Atas Jenayah Rog*l & Rompak Seorang Wanita
Minta hukuman paling berat
Hukuman tersebut dijatuhkan kepada dirinya selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 394, 342, 323, 170 dan 379A Kanun Keseksaan.
Duda anak satu itu dikenakan penjara selama 15 bulan keseluruhan atas dua pertuduhan masing-masing mengurung dan mencederakan remaja lelaki di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 di sini antara pukul 8.05 pagi hingga 11.05 pagi.
Kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 342 dan 323 Kanun Keseksaan dengan setiap kesalahan memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Hukuman tersebut diperintahkan oleh Majistret Wan Noor Nisa Ngadirin. Dalam pada itu, di hadapan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman pula Fadwan telah dipenjara selama 6 bulan bagi kesalahan lain iaitu menyamar anggota polis untuk mencuri wang tunai, telefon bimbit dan dokumen milik wanita warga Indonesia.
Dia juga turut dipenjara setahun atas kesalahan mencuri sebuah motosikal jenis Suzuki milik seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.
Kedua-dua perbuatan itu telah dilakukan di depan sebuah premis pajak gadai yang terletak di di Seksyen 31 kira-kira pukul 8.15 pagi pada 8 Mei lalu.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 170 dan 379A Kanun Keseksaan.
Namun mahkamah memerintahkan hukumaan tersebut berjalan dengan serentak.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, dia dipenjara 6 tahun dan 3 sebatan kerana merompak seorang wanita Indonesia selain tumbuk dan tendang mangsa sampai cedera di rumah kedai kosong di Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Seksyen 31, kira-kira pukul 8.05 pagi, 8 Mei lalu.

Sabit kesaalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sepanjang prosiding pertuduhan yang dilakukan hari ini, Fadwan dengan penuh yakin memohon agar dirinya dikenakan hukuman paling berat.
“Saya mohon hukuman seberat-beratnya,” katanya.
Rayuan sebegitu telah menyebabkan hakim dan majistret beberapa kali mendapatkan kepastian daripada Fadwan sebelum hukuman dijatuhkan.
Disebabkan itu, Hakim Rasyihah Ghazali telah menetapkan 8 Jun depan bagi fakta kes dan hukuman selepas tertuduh turut mengaku bersalah atas kesalahan amang seksual terhadap mangsa sama, lapor Kosmo!.
Sumber: Kosmo!

8 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















