Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 ke Gaza didakwa berdepan keganasan ketika berada di dalam tahanan Israel selepas bot mereka dipintas, baru-baru ini.
Musa Nuwayri yang juga salah seorang peserta misi berkongsi pengalaman mendebarkan melibatkan seorang doktor sukarelawan Malaysia, Dr Norliyana Farhan Daud yang berdepan ancaman tentera Israel ketika cuba membantu tahanan yang cedera.
Menurut Musa Nuwayri, kejadian berlaku ketika mereka ditahan di atas kapal tentera Israel apabila seorang tahanan wanita ditembak menggunakan peluru getah pada bahagian paha hanya kerana bertepuk tangan.
Katanya, Dr Liyana cuba membantu dan memapah mangsa keluar untuk menerima rawatan, namun tindakan itu dihalang tentera Israel.

“Saya saksi betapa beraninya Dr Liyana papah salah seorang tahanan yang ditembak di atas penjara kapal menggunakan peluru getah di paha hanya sebab tepuk tangan.
“Dr cuba bawa dia keluar untuk rawat, tapi askar pisahkan dan hanya perempuan tu dibenarkan keluar. Dr marah sampai gigil dan keep pandang pada penembak di atas.
“Sampai penembak tu halakan muncung senapang ke arah dr pula. Tapi dr tenang je. Saya pulak cuak masa tu,” kongsinya.
Artikel berkaitan: Kisah Zohar Regev: Aktivis Warganegara Isra*l Yang Peluk Islam & Aktif Dalam Misi Kemanusiaan Gaza
Artikel berkaitan: “Tudung ditarik, patah tulang rusuk” – Peguam ADALAH Tak Dibenar Jumpa Aktivis, Ramai Dikasari
Katanya lagi, lama juga senapang itu dihalakan ke arah Dr Liyana tetapi sedikit pun tidak membuatkannya berasa gerun, malah dengan berani menempelak sambil menunding jari ke arah tentera Israel terbabit.
“Dengan tangan genggam sebab geram. Cuak tengok. Saya yang berdiri sebelah risau kalau tak kena dr, kena saya kalau askar tu tembak. Syukurlah dia tak tembak pun dr.”
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan Dr Liyana sebagai berani dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi membantu mangsa.
Dalam perkembangan terkini, 29 rakyat Malaysia yang ditahan secara tidak sah sudah dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.
Sumber: Threads

9 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















