Pempengaruh sensasi, Khai Iltizam atau lebih dikenali sebagai Abang Tesla dilihat kini kembali menjadi tumpuan berkenaan dengan perihal rumah tangganya.
Cuma kali ini, tumpuan itu lebih kearah isteri pertamanya yang mendedahkan sudah 3 kali mengalami keguguran dalam cubaan untuk mendapatkan zuriat pertama mereka.
Artikel berkaitan: “Cakap kat die ut*h” – Abang Tesla Bengang Dengan Bapa Kandung?
Artikel berkaitan: “Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?” – Abang Tesla Tanya Soa l’Hati’ Dekat Ustaz
“Saya 3 kali keguguran harap lepas buat rawatan saya berjaya hamil dan tidak gugur lagi”
Oleh sebab itu, mereka dilihat menggunakan kaedah rawatan alternatif sebagai ikhtiar untuk cuba melahirkan cahaya mata. Perkara itu dikongsikan menerusi satu laman Instagram daripada sebuah pusat rawatan perubatan Islam yang menunjukkan Abang Tesla bersama isteri pertamanya Nurmajdina.
Dalam hantaran itu, selain mendedahkan berapa kali alami keguguran, Nurmajdina dikatakan ada berkongsi bahawa kali terakhir dia mengalami keguguran pada bulan Oktober tahun lepas. Oleh itu, dia berharap agar rawatan ini boleh membuahkan hasil.
“Banyak kes saya rawat gugur setiap kali awal kandungan..InshaAllah moga pasangan ini berjaya hamil dan tidak mengalami keguguran lagi lepas ini.”
“Saya bantu mana yang mampu,selebihnya serah kepada Allah.. Moga puan Nurmajdina dan suami di permudahkan Allah di kurniakan cahaya mata lepas ini InshaAllah. Aamiin.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongn moral buat isteri Abang Tesla dan mendoakan agar mereka dapat menimang cahaya mata.
Sebelum ini Nurmajdina pernah mendedahkan yang dia berhabis sebanyak RM 30,000 sepanjang 2 kali melakukan rawatan IVF.

14 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















