Syaz Ft 2026 02 19T163536.894

Kalau biasanya si adik, Kasih Iris Leona yang selalu tular, kali ini perhatian netizen beralih kepada kakaknya, Kasih Leia Ixora. Anak kepada pelakon veteran Azhar Sulaiman ini sekali lagi membuktikan bahawa keluarga mereka memang jenis yang ‘humble’ dan tak kekok hidup sederhana walaupun berstatus tinggi.

Menerusi satu perkongsian video tular, Leia dilihat sedang menikmati masa berkualiti di sebuah kawasan perkampungan Orang Asli. Apa yang membuatkan netizen kagum adalah apabila melihat Leia begitu santai duduk bersila di atas lantai kayu tanpa rasa kekok sedikit pun di bawah khemah.

Artikel berkaitan: “Rata-rata ibu bapa bersependapat” –  Azhar Sulaiman Dakwa Ramai Sokong Rita Rudaini, Mohon Asyraf Wajdi Respon

Artikel berkaitan: Giliran Anak Dara Azhar Sulaiman Pula Dapat Perhatian!

@ezanmarjan

gila2 punya budak makan ikan goreng+ tempe goreng 🤣🤣🤣 anak retis humble je

♬ original sound – Dirty Digital – Dirty Digital

Walaupun sering tampil dengan gaya urban, Leia nampaknya tidak memerlukan hidangan mewah atau restoran berbintang untuk kenyang.

Dalam rakaman tersebut, Leia dilihat sangat berselera menjamu selera dengan menu yang cukup ringkas iaitu nasi putih dan ikan goreng serta tempe goreng yang dihidangkan dalam bekas plastik. Sambil makan, dia sempat memberikan senyuman manis ke arah kamera, jelas menunjukkan dia sangat menikmati hidangan simple tersebut bersama rakan-rakannya yang lain.

Aksi Leia ini mendapat maklum balas positif daripada netizen yang rata-ratanya suka melihat sisi rendah diri anak-anak Azhar Sulaiman. Ramai yang berpendapat walaupun mereka dibesarkan dalam kesenangan, mereka tetap tahu cara untuk menghargai gaya hidup yang sederhana dan harmoni dengan alam sekitar.

Cats 21

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.