Ft Bapa Tiri Ditahan

Lelaki yang tular mendera seorang kanak-kanak perempuan yang juga merupakan anak tirinya telah ditahan pihak polis sebelum didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengatakan bahawa pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang kini sedang tersebar luas di media sosial Threads pada 19 Februari 2026 yang dimuat naik oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan Caprice.

Artikel berkaitan: Masih Bebas Walaupun Sudah Buat Laporan Polis, Netizen Cari Lelaki Didakwa P*kul Anak Tiri

Artikel berkaitan: Ada Rekod Dadah, Ibu 21 Tahun Disyaki D*ra Anak Kandung Berusia 5 Tahun Hingga Parah

Tambah beliau, video yang berdurasi 2 minit tersebut memaparkan seorang lelaki yang bertindak memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun selain daripada mengarahkannya berlari berulang kali.

“Semakan mendapati, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu lebih awal iaitu pada 19 Disember 2025 jam 1.48 petang daripada seorang wanita Melayu berusia 27 tahun yang juga ibu kepada mangsa.”

“Pengadu memaklumkan telah melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya.”

Screenshot 2026 02 19 170934

Menurut sumber, kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah kediaman yang dipercayai di sekitar Setapak. Berdasarkan laporan yang mereka terima, satu kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada 20 Disember 2025, pihak polis telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang merupakan suami pengadu dan ayah tiri kepada mangsa bagi membantu siasatan.”

“Suspek kemudiannya telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025.”

Screenshot 2026 02 19 170956

Beliau turut memohon kepada orang ramai agar segera membuat laporan polis seandainya mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.”

Sebelum ini tular video yang memperlihatkan seorang lelaki telah bertindak memukul, menendang serta arahkan seorang kanak-kanak perempuan berlari berulang kali dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Setapak.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.