Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat oleh Lembaha Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa pada hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, keputusan tersebut dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu menerusi satu persidangan yang berlangsung pada Khamis dan mendapati bahawa tindakannya itu telah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.
Artikel berkaitan: Zahid Hamidi Kata Enggan Kerjasama Dengan DAP, PKR & BERSATU Hanya Ketika PRU15 Sahaja
Artikel berkaitan: Tan Sri Muhyiddin Buat Pusingan U, Bakal Pertahan Jawatan Presiden Bersatu Untuk 1 Penggal Lagi
Boleh mengemukakan rayuan
Bagaimanapun, Hamzah masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Bersatu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi telah dimaklumkan tentang keputusan Lembaga Disiplin itu.
“Hamzah dipecat dan hak-hak keahliannya dalam parti digugurkan di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai 13 Februari (Jumaat) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.”

Hamzah yang juga menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Larut sebelum ini telah dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan terhadap dua dakwaan iaitu terlibat dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah tetap diteruskan seperti dijadualkan biarpun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.
Dalam masa sama, seramai 16 ahli Parlimen Bersatu mendedsk supaya Tan Sri Muhyuddin Yassin untuk meletak jawatan sebagai presiden parti.
Sumber : Sinar Harian

12 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















