Setelah sekian lama tidak menjadi perbualan ramai, baru-baru ini, hantaran pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid, 34 mendapat perhatian apabila dia memaparkan penampilan terbaharu isterinya, Fatin Syazwani Ishak di TikTok.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan perubahan ketara pada tubuh badan Fatin yang memakai tudung berwarna perak dan berbaju ungu itu daripada sebelum ini.
Berdasarkan ruangan kapsyen, pasangan ini bersama anak-anak mereka dipercayai sedang bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
@prince.syed.shahidJalan jalan cameron highland tanpa perancangan , tiba2 jer sampai 🤣 bawa anak2 bagi mereka happy
♬ original sound – Suami syed Isteri fatin – Suami syed Isteri fatin
Artikel berkaitan: “Layak digelar ibu terbaik, tak pernah cari salah menantu” – Prince Syed Luah Penghargaan Buat Ibu
Artikel berkaitan: “Bila saya sedar, saya dah terbaring atas lantai” – Tular Video Live Jilat Lantai, Prince Syed Bagi Respon
Fatin juga kelihatan sihat serta sembuh seperti sediakala dan tidak sakit lagi seperti laporan berita sebelum ini.
Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba je sampai. Bawa anak-anak bagi mereka happy,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai komen positif netizen yang memuji penampilan baharu Fatin yang kelihatan cantik dan bergaya, di samping ramai mengucapkan rasa syukur apabila isteri pempengaruh itu kelihatan sudah sembuh daripada sakit yang dihadapinya sebelum ini.

Terdahulu, kontroversi di antara Prince Syed dan ibu mentuanya telah mendapat perhatian netizen yang mana pempengaruh ini dituduh menggalakkan isterinya untuk melakukan prosedur bariatrik untuk mempromosi produk hingga menyebabkan komplikasi serius terhadap Fatin.
Sebagai info, pembedahan bariatrik ialah prosedur mengubah suai sistem pencernaan (pengecilan perut atau pintasan usus) untuk merawat obesiti kronik, terutamanya apabila diet dan senaman yang dilakukan gagal menunjukkan kesan penurunan berat badan.
Sumber: TikTok

15 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















