Cadangan Suruhanjaya Keharmonian Nasional Disambut Baik, Fokus Perkukuh Keharmonian Negara

12 hours ago 12

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional oleh Tan Sri Lee Lam Thye kini disambut baik oleh Kementerian Perpaduan Negara. Badan berkanun bebas ini bertujuan untuk melindungi serta memperkukuh keharmonian antara etnik dan agama di Malaysia. 

Idea Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (SKRN) bukanlah idea yang baru. Pada tahun 2015, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN) telah menyiapkan tiga draf Rang Undang-Undang (RUU) iaitu: 

  1. RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama
  2. RUU Keharmonian dan Rekonsilasi Nasional 
  3. RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (SKRN).

Kpn 3

Namun, pada tahun 2019, dua RUU telah ditolak. Antaranya ialah:

  1. RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama dianggap bertindih dengan undang-undang sedia ada dan peruntukannya dicadangkan untuk dimasukkan ke Kanun Keseksaan.
  2. RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional pula ditolak kerana prinsip larangan diskriminasi sudah termaktub di Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8

Bagi SKRN, persetujuan prinsip telah diperoleh, tetapi pelaksanaan tertangguh kerana isu pertindihan bidang kuasa dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Akhirnya, pada April 2020, cadangan tersebut tidak dilanjutkan. 

Kini, dengan peningkatan polemik berkaitan perpaduan, kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengambil langkah untuk menggerakkan semula SKRN. 

Artikel berkaitan: Kementerian Perpaduan Perkenalkan 5 Kluster Bagi Memacu Agenda Negara Bangsa 2026

Artikel berkaitan: Indeks Perpaduan Negara Catat Skor Memberangsangkan, Atasi Sasaran RMK12

Versi baharu ini menekankan pendekatan pencegahan dan persepakatan, bukan sekadar hukuman. Fokus utama badan ini ialah mengesan konflik lebih awal sebelum konflik tersebut semakin kritikal, menjalankan mediasi antara komuniti atau pihak terlibat serta memastikan penyelesaian isu berlaku secara harmoni dan konstruktif. 

Kpn 1

Pendekatan SKRN juga mengambil inspirasi daripada model antarabangsa contohnya Singapura, SKRN mencontohi prinsip yang digariskan dalam Maintenance of Religious Harmony Act (MHRA). Di Australia, SKRN menggunakan konsep daripada Australian Human Rights Commission (AHRC), yang memberi fokus kepada pemantauan insiden perkauman, pelaksanaan mediasi, advokasi serta pendidikan masyarakat bagi menangani isu diskriminasi.

Sementara itu, model dari Zimbabwe, iaitu National Peace and Reconciliation Commission (NPRC), menekankan kepentingan pengesanan awal kawasan konflik, pelaksanaan mediasi di peringkat komuniti dan pembangunan program pencegahan sebagai langkah untuk mengekang pertikaian berulang pada masa hadapan. 

Kementerian akan memastikan Suruhanjaya ini mampu untuk menjalankan siasatan terhadap isu yang menjejaskan keharmonian, memanggil pihak berkaitan serta mengemukakan syor tindakan dan langkah pencegahan kepada kerajaan dan agensi.

Suruhanjaya ini juga dijangka mengendalikan mediasi rasmi dan menerbitkan laporan awam yang tertakluk kepada keperluan keselamatan negara. 

Sejak awal April, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memulakan sesi libat urus inklusif bersama agensi kerajaan, penguatkuasa, NGO, parti politik, komuniti setempat dan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan pendekatan yang menyeluruh. 

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |