Isu pembabitan pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dalam misi bantuan ‘Sumud’ baru-baru ini nampaknya telah membelah pendapat netizen kepada dua kem. Ada yang memuji keberaniannya, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusan suaminya, Nadzmi Adhwa kerana membenarkan isteri ke medan berisiko.
Tampil memberikan pandangan pedas namun mendalam, pendakwah selebriti PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini telah mempertahankan tindakan pasangan tersebut.
Artikel berkaitan: PU Rahmat Buka Soalan Berkaitan Sumud 2.0, Perjelas Kenapa Ada Wajah Peserta Terpaksa Dirahsiakan
Artikel berkaitan: “Tugasan mencabar, penuh risiko” – MB Selangor Ketuai Delegasi Global Sumud Flotilla 2.0, Bawa Amanah PM Ke Gaza
Menurut beliau, setiap suami mempunyai hak masing-masing dalam menentukan cara hidup rumah tangga mereka, namun janganlah sampai menghalang potensi wanita lain untuk berbakti di jalan Allah.
“Korang tak nak benarkan isteri korang join Sumud tu hak korang. Korang nak simpan bini dalam rumah dan layan Netflix sampai 100 episode pun silakan.
Cuma jangan halang Nadzmi Adhwa benarkan Ardell berjuang,” tulisnya.
Beliau juga secara sinis menyatakan bahawa jika beliau mempunyai isteri kelak, beliau lebih rela isterinya berkawan dengan wanita sehebat Ardell berbanding mereka yang hanya tahu mengkritik.
Menyedari kenyataannya itu mungkin mengguris hati sesetengah pihak, PU Rahmat dengan tenang menjelaskan bahawa teguran itu adalah untuk menghidupkan kembali rasa dalam hati manusia.
“Kasar ke ayat aku? Alhamdulillah kalau terasa.. itu tanda hati masih hidup sebab kalau dah hilang rasa lagi bahaya,” tambahnya lagi menerusi hantaran tersebut.
Ternyata, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya bersetuju bahawa sokongan seorang suami seperti Nadzmi Adhwa adalah ‘tulang belakang’ sebenar di sebalik kekuatan seorang wanita untuk berjuang di jalan kemanusiaan.

Sumber: Threads

5 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















