Makeup ‘Heavy’ Bukan Punca, Rupanya Ini Sebab Sebenar Pengantin Ini Tak Boleh Buka Mata!

12 hours ago 12

Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar cemas buat pasangan Muhammad Aliff Aiman dan isterinya, Umi Kalsom Shafiqah Zainuddin apabila pengantin perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital di saat majlis sedang berlangsung.

Kisah yang tular di media sosial ini meruntun hati netizen selepas melihat Umi Kalsom terpaksa dibimbing sepanjang majlis kerana tidak mampu membuka mata langsung akibat kesakitan yang melampau.

Artikel berkaitan: Gara-gara Katerer Lesap ‘Last Minit’;, Pengantin Rugi RM11,000 Sampai Ibu Terpaksa Gadai Gelang Emas

Artikel berkaitan: “Pertama kali tengok” -Adat Pengantin Perempuan Dibungkus Seperti Hadiah Undang Perhatian Netizen

Bukan Isu ‘Contact Lens’ Murah!

Menjelaskan situasi sebenar, beliau menegaskan bahawa masalah tersebut bukan berpunca daripada pemakaian kanta lekap (contact lens) yang tidak berkualiti. Difahamkan, pengantinperempuan itu sudah terbiasa memakai lens dan jenama yang digunakan adalah berkualiti tinggi.

Gangguan tersebut mula dirasai pada petang hari akad nikah mereka. Umi Kalsom menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila setiap kerdipan matanya terasa menyengat dan mula tumbuh biji-biji kecil.

“Saya sudah buka contact lens dan boleh rasa ini bukan sekadar rabun… Menjelang pukul 6 petang, nampak ada biji kecil dan bila kelip mata rasa menyengat,” katanya.

Mata Menangis Menahan Sakit Masa Makan Beradab

Keadaan menjadi semakin kritikal pada keesokan harinya iaitu hari persandingan. Walaupun sudah mendapatkan rawatan awal di klinik, Umi Kalsom tetap tidak boleh membuka matanya pada pagi majlis tersebut.

Disebabkan rasa tanggungjawab terhadap tetamu, dia tetap menggagahkan diri untuk berarak masuk dengan bimbingan suami. Namun, ketika sesi makan beradab, kesakitan tersebut sudah tidak dapat dibendung lagi sehingga dia mengalirkan air mata menahan pedih.

Melihat keadaan isteri yang semakin parah, pasangan ini terpaksa mengambil keputusan berat untuk meninggalkan majlis dan bergegas ke hospital demi mendapatkan rawatan kecemasan.

Doktor Kesan Luka Pada Anak Mata

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka kecil pada bahagian anak mata hitam Umi Kalsom. Selepas diberikan ubat bius (kebas) oleh jururawat, barulah matanya dapat dibuka semula, namun dia perlu menitiskan ubat setiap jam untuk proses penyembuhan. Ia dipercayai berpunca dari pemakaian glitter di kawasan mata.

Walaupun sedih majlis tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang, pasangan ini tetap reda dengan ujian yang menimpa dan bersyukur atas doa serta sokongan moral yang diterima daripada orang ramai.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |