Baru-baru ini, nama pelakon popular Ikmal Amry sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang pengguna Threads memuat naik hantaran membandingkan ketampanannya dengan aktor tersohor Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan bertanya kepada warga maya sama ada mereka bersetuju bahawa Ikmal Amry sebenarnya lebih kacak berbanding bintang filem Dear Nathan itu.
Artikel berkaitan: “Ini artinya apa ya geng?” – Gara-Gara Satu Komen, Jefri Nichol ‘Minta Tolong’ Rakyat Malaysia Terjemah Bahasa Kelantan
Artikel berkaitan: “Miliki badan cantik satu pencapaian” – Ikmal Amry ‘Back Up’ Kawan-kawan Dalam Challo Run
Tidak menunggu lama, Ikmal Amry sendiri dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut. Dengan nada bergurau, dia meminta peminat tersebut untuk bertenang kerana tidak mahu mencetuskan sebarang ‘perbalahan’ atau perbandingan antara peminat kedua-dua belah pihak.
“Kak rilek. Aku tak ready nak perang,” tulisnya ringkas.
Respon spontan dan rendah diri Ikmal itu mencuit hati netizen, malah rata-ratanya memuji sikap pelakon itu yang tidak mahu mendabik dada walaupun sering digelar sebagai salah seorang aktor paling kacak di Malaysia.
Walaupun rupa paras sering menjadi topik utama, bakat lakonan Ikmal Amry sebenarnya tidak boleh dipandang remeh. Sejak kebelakangan ini, dia dilihat semakin berani membawa watak-watak yang mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
Malah, bukan peminat sahaja yang perasan, rakan-rakan seperjuangan dalam industri seni juga tidak putus-putus memberikan sokongan dan pujian terhadap kualiti lakonannya dalam naskhah terbaru. Ada yang menyifatkan Ikmal kini berada dalam kelas tersendiri!

Sumber: Threads

10 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















