Kejadian yang menimpa kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang keracunan methadone di Sungai Ramal Baru, Kajang baru-baru ini dilihat benar-benar meruntun hati ramai pihak.
Lebih sebak lagi, individu yang dipercayai bapa saudara mangsa ada mendedahkan sepucuk surat yang ditulis oleh arwah anak saudaranya itu.
Artikel berkaitan: “Bukan sengaja, tapi tersalah botol ubat” – Adik Rayu Henti Fitnah Terhadap Kakak, Kes Ibu Beri Anak Methadone
Artikel berkaitan: Anak Terkejut Jumpa Ibu Bapa Tidak Bernyawa Dalam Bilik, Dipercayai Dib*nuh
“Terima kasih dah jadi sahabat aku”
Dalam pendedahan bapa saudaranya menerusi satu ruangan komen di TikTok itu, dia memaklumkan bahawa arwah menulis surat itu semasa bermain bersama-sama rakan.

“Dia buat surat terima kasih sebab sudi jadi kawannya. Perkara itu kawan-kawannya sendiri beritahu kepada saya. Arwah juga memang jenis suka belanja kawan.”
“Lepas itu dia (arwah) cakap dia akan meninggal dulu dekat kawan-kawan dia, seolah-olah dia tahu dia akan pergi.”
Sebelum ini, seorang individu didakwa ahli keluarga telah memohon orang ramai agar henti menabur fitnah terhadap ibu mangsa. Katanya, ibu mangsa ketika itu berada dalam keadaan terlalu letih selepas menjalani rawatan fisioterapi di hospital.
Jadi, ibunya tidak menyangka bahawa ubat yang diberi itu adalah ubat yang sepatutnya kerana mempunyai sama bentuk dan label seperti ubat batuk. Bahkan, dia turut memaklumkan bahawa seorang adik beradik lain terselamat kerana tidak memakan ubat tersebut.
Sekadar info, media melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia, manakala dua adiknya masih lagi menerima rawatan selepas dipercayai terminum cecair jenis methadone yang diberi ibu mereka.
Sumber: Sinar Harian, TikTok

13 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















