“G*la asi” – Individu Kurang Senang Lambakan Istilah Inggeris Dalam Bahasa Melayu, Cadang Perkataan Lebih Sesuai

15 hours ago 6

Isu ini bermula apabila seorang pengguna media sosial, Yong Wen San, meluahkan rasa terkilan terhadap apa yang beliau istilahkan sebagai fenomena “Gila Asi”. Melalui perkongsiannya, beliau menekankan bahawa beliau tidak menolak peminjaman kata secara total, namun beliau membantah peminjaman yang dianggap tidak perlu (unnecessary), tidak tersusun (unstructured), dan tidak bijak (injudicious).

Beliau memberikan contoh beberapa perkataan yang sering dimodenkan secara paksa seperti dominasi, rehabilitasi, literasi, informasi dan transaksi. Malah, beliau turut memaparkan bukti visual penggunaan istilah seperti kapasiti, rekomen, dan versatil dalam ruang awam, sedangkan bahasa Melayu sudah mempunyai kosa kata asal yang cukup indah seperti isipadu, mengesyorkan dan serba-boleh.

Artikel berkaitan: “Semangat ooo!”- Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Dipuji Jawab Soalan Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu

Artikel berkaitan: “Lebih baik jangan duduk Malaysia” –  YDPA Titah Semua Perlu Terima Bahasa Melayu

1

Clipboard0 Horz

Hantaran tersebut sudah pastinya menarik perhatian netizen dan rata-rata bersetuju dengan pendapat individu tersebut di mana bahasa Melayu kini terlalu banyak kata pinjaman.

Cats 26

Dalam pada itu, Puan Sri Diah Shaharuddin, seorang Konsultan Buku dan Pembimbing Penulisan, berpendapat bahawa bahasa haruslah sentiasa berkembang mengikut kemajuan bangsa dan tamadun supaya terus relevan dalam dunia serba baharu.

“Penambahan kosa kata adalah satu keperluan untuk memastikan bahasa Melayu terus bersesuaian mengikut peredaran zaman dan tidak bersifat statik mengikut gaya lama semata-mata,” katanya.

Menurut Puan Sri Diah Shaharuddin lagi, walaupun banyak perkataan moden yang digunakan sekarang mungkin belum direkodkan dalam Kamus Dewan, ia bukanlah satu halangan besar. Hal ini kerana, apabila sesuatu perkataan itu kerap diguna pakai dan menjadi sebutan popular dalam kalangan masyarakat, terdapat harapan agar perkataan tersebut dimasukkan secara rasmi ke dalam Kamus Dewan apabila pegawai bahasa bermesyuarat kelak.

Bagi beliau, memperkayakan bahasa dengan menambah lebih banyak perkataan baharu yang relevan adalah sebahagian daripada ciri penting bagi sebuah negara maju.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |