Seorang guru besar mengaku berasa malu kerana memukul timbalannya menggunakan sepana disebabkan rasa cemburu yang melampau.
Menurut sumber, pelaku berusia 54 tahun, Dr Anthony John Felton sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 2 tahun selepas menyerang rakan sekerjanya sendiri iaitu Richard Pyke.
Artikel berkaitan : Cikgu Fadilah Buat Laporan Polis Berhubung Kes Curang Yang Tular Baru-baru Ini
Artikel berkaitan : Panas Isu Skandal ‘CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp
Guru besar cemburu sebab timbalannya ada hubungan sulit dengan perempuan simpanan
Dilaporkan kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah St Joseph’s Roman Catholic Comprehensive di Aberavon, South Wales pada 5 Mac tahun lalu.
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dipertontonkan oleh orang ramai yang berada di Mahkamah Mahkota Swansea yang memperlihatkan Felton mengeluarkan sepana secara diam-diam dari dalam jaketnya.

Dia kemudiannya bertindak menghayunkan sepana tersebut ke kepala mangsa dari belakang yang membuatkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian terkejut.
Mahkamah dimaklumkan bahawa serangan itu berpunca akibat rasa bengang Felton yang sudah berkahwin dan dipercayai mempunyai anak hasil hubungan sulit dengan seorang lagi kakitangan sekolah itu mengesyaki bahawa wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan mangsa.
Selepas dibebaskan awal setelah menjalani hukuman penjawa selama 4 bulan, Felton ada menulis mengenai insiden tersebut dalam akhbar Inside Time, satu penerbitan yang khusus untuk banduan dan bekas banduan.
“Saya mengaku sangat malu dengan kesalahan yang membawa saya ke Penjara Swansea. Saya disabitkan kesalahan mencederakan rakan sekerja di tempat kerja.”
“Saya menyesal dengan perbuatan itu serta-merta, dan sehingga hari ini saya kerap bermimpi untuk memohon maaf kepada mangsa.”

Felton turut mengakui bahawa kesnya telah mendapat liputan nasional kerana statusnya sebagai guru besar.
“Pada usia 54 tahun, saya tiba-tiba berdepan kehidupan di penjara. Memang wajar saya dijatuhi hukuman penjara, tetapi tidak mengurangkan rasa takut dan cemas yang saya alami.”
Dia juga mendedahkan mengenai rasa takut dengan ancaman dipukul dan dirogol dalam penjara, selain menghabiskan masa mencongak hukuman yang mungkin diterima ketika dalam tahanan reman.
Felton, mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan menyebabkan kecederaan parah dengan niat pada 7 April 2024.
Sumber : mStar Online

3 weeks ago
48































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















