Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa hampanya apabila anaknya pulang dengan tangisan yang teresak-esak.
Segalanya bermula apabila kotak pensel milik kanak-kanak tersebut didakwa telah dicuri oleh seorang ‘kakak senior’, sehingga menyebabkan mangsa merasa trauma dan takut untuk menjejakkan kaki ke sekolah.
Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” – Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen
Artikel berkaitan: DBKL Sita Barangan Penjaja Tanpa Lesen Milik Warga Asing Yang Menjaja Depan Sekolah
Menurut luahan si ibu, kejadian itu benar-benar memberi kesan mendalam memandangkan anaknya itu tidak pernah menangis untuk ke sekolah sejak mula belajar pada usia 5 tahun lagi. Namun, dek kerana perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan, kanak-kanak itu tiba-tiba menjadi tawar hati untuk meneruskan sesi persekolahan pada keesokan harinya, sehinggakan seorang ustazah yang baik hati terpaksa turun padang untuk memujuknya kembali ke kelas.
@chocmocha86hari ke 3 sekolah tahun 2026, pensil case dicuri KAKAK SENIOR, hinggakan adik takot nak ke sekolah… siapalah KAKAK SENIOR tu yang buat anak mama nie, kite dia hari-hari ya adik 🤲🏻 ke esokkan hari tak mau masuk ke sekolah, nasib ustazah comey datang pujuk adik masuk ke sekolah… adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak die bersekolah pada usia 5 tahun. pakai tahun lepas punya jew laaa adik 😁 syukur dengan ape yang ada. #kakaksenior #kualalumpur #ampang #cheras
♬ suara asli – mohfikrih99 – mohfikrih99
“Siapalah kakak senior tu yang buat anak mama ni. Kita doa hari-hari ya adik, adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak dia bersekolah pada usia 5 tahun,” tulisnya.
Lebih menyedihkan, si ibu memberitahu bahawa anaknya itu hanya menggunakan barang persekolahan tahun lepas dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, namun tetap menjadi mangsa individu yang lebih dewasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap pihak sekolah dapat memantau isu buli atau kecurian seperti ini agar tidak terus mematahkan semangat murid-murid lain untuk menuntut ilmu.

Walaupun hanya sebuah kotak pensel, namun kesan trauma kepada mental kanak-kanak yang baru memulakan sesi persekolahan tahun 2026 ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua pihak.
Sumber: TikTok

3 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















