Ini Sebab Kenapa Jamal Yunos Lelong Selipar & Tuala Bernilai Keseluruhan RM66,000

14 hours ago 8

Mungkin sudah lama korang tak dengar nama Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dahulunya sangat terkenal dengan beberapa demonstrasi yang dilakukannya ketika era Datuk Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Terbaharu, hari ini, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah berjaya melelong sebelah selipar dan tuala miliknya yang keseluruhannya bernilai RM66,000!

Hasil jualan ini menurutnya akan digunakan untuk melunaskan baki kos penghakiman tertunggak kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

@aizatashrafchannel

Lelongan Sebelah Selipar DS Jamal bagi menyelesaikan RM66000 tuntutan Ahli Parlimen Seputeh 

♬ IMPACTO (Live) – RICK SOM

Artikel berkaitan: Kesihatan Datuk Seri Jamal Yunos Merosot, Kanser Dari Paru-paru Naik Ke Otak

Artikel berkaitan: KJ Saman Fitnah Jamal Yunos RM1 Juta Berkaitan Kenyataan Semasa PAU

Individu dari Sabah & Negeri Sembilan beli selipar, tuala 

Menerusi hantaran video di Facebook, Jamal berkata, beliau telah berjaya menjual dua barang tersebut iaitu selipar dan tuala yang pernah digunakan dalam salah satu demonstrasi semasa Selangor berdepan dengan masalah air ketika Datuk Seri Azmin menjadi MB.

15B7D6C8 9D09 4C0F 9Aca C792605A07Af E1482297874553 681X611 1

Alhamdulillah hari ini, dua barang itu sudah berjaya dilelong dan dibida sebanyak RM66,000.

“Sepatutnya hari ini ada lelongan mahkamah atas tuntutan Teresa Kok sebanyak RM66,000. Tetapi semalam anak saya Mohamad Amin Daniel berjaya dapatkan penangguhan arahan terbabit.

“Bagaimanapun, lelongan selipar dan tuala itu diteruskan supaya kami boleh bayar kepada Teresa Kok,” katanya.

Dua individu yang telah membeli barangan tersebut katanya merupakan seorang individu berbangsa India yang berasal dari Negeri Sembilan dan seorang lagi pula seorang individu dari Sabah.

Seorang lagi pembida dari Sabah yang membeli sebelah selipar saya dengan harga RM33,000.

“Individu itu memaklumkan akan bingkaikan selipar berkenaan dan hantar kepada pejabat Teresa Kok dalam waktu terdekat. Dia akan uruskan pembayaran (selipar) itu, hari ini,” katanya.

Bayaran itu katanya akan diterima dalam masa terdekat dan pihaknya akan menyerahkan wang itu kepada Teresa.

Apa sebenarnya isu Jamal dengan Teresa Kok? 

Menurut laporan media, Ahli Parlimen Seputeh itu telah memfailkan saman terhadap Jamal pada 6 April 2017 susulan dakwaan Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dalam satu sidang media pada Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Teresa mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan media cetak dan elektronik termasuk dalam laman Facebook Jamal yang memberi gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tak beretika.

Utu Teresa Kok001 E1726058554830

Mahkamah Tinggi kemudian memutuskan Teresa memenangi kes tersebut dan memerintahkan Jamal untuk membayar RM300,000 sebagai ganti rugi serta kos guaman bernilai RM50,000.

Setelah beberapa rayuannya ditolak, Jamal akhirnya membayar sebanyak RM300,000 ganti rugi kepada Teresa, namun masih berbaki RM66,000 yang mana menyebabkan aset-aset miliknya bakal disita bagi menampung kos guaman yang belum dibayar.

Kalau korang masih ingat… 

Mengimbau kembali beberapa kontroversi yang melibatkan Jamal Yunos semasa era Datuk Seri Azmin Ali menjadi MB Selangor, berikut antara beberapa siri demonstrasi yang dilakukannya yang menarik perhatian ramai:

Protes ‘tuala’ dan isu bekalan air 

Jamal pernah datang ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam dengan hanya berpakaian tuala sambil membawa gayung dan sabun sebagai satu bentuk protes terhadap isu bekalan air di Selangor, yang beliau dakwa tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.

Jamal

Demonstrasi van jenazah dan keranda

Jamal juga pernah membawa keranda dan van jenazah di hadapan SUK sebagai simbol bantahan terhadap isu-isu dana negeri termasuklah dakwaan penyelewengan dalam program bantuan rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Jamal Yunos

Sumber: Harian Metro, Faceook, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |