Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) telah menganjurkan satu sesi Media Hi-Tea sebagai platform untuk mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama berterusan bersama rakan-rakan media.
Sesi yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra ini menghimpunkan wakil media cetak, penyiaran dan digital, sekali gus membuka ruang interaksi dua hala antara INSKEN dan pihak media. Majlis eksklusif ini juga mencerminkan penghargaan INSKEN terhadap peranan penting media dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif pembangunan keusahawanan negara.
Dalam majlis tersebut, INSKEN turut berkongsi pencapaian terkini, inisiatif serta hala tuju strategik dalam memperkasa usahawan tempatan melalui pelbagai program keusahawanan yang ditawarkan. Antara yang dikongsi adalah:
- 20,196 usahawan telah dilatih dan dibimbing melalui 321 program sepanjang pada tahun 2025.
- RM22.4 juta hasil jualan berjaya dijana pada tahun 2025.
- 710 pekerjaan baharu diwujudkan pada tahun 2025.
- Fokus 2026: penskalaan usahawan mikro ke kecil yang lebih mampan, penciptaan peluang pekerjaan baharu bergaji minimum dan pemerkasaan sektor ketiga, termasuk keusahawanan sosial dan perusahaan berasaskan komuniti.
- Pengenalan program baharu: Bangkit dan INSKEN Masterclass.
- Skop program keusahawanan: Perniagaan Keluarga, Halal, High Growth High Value (HGHV), TVET, Akses Pasaran dan Keusahawanan Sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Puan Viviantie Sarjuni, sesi ini turut membantu media memahami pendekatan INSKEN yang berperanan sebagai pemudah cara serta penghubung antara usahawan, industri dan ekosistem sokongan keusahawanan negara.
Tambahnya, media merupakan rakan strategik penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan berimpak kepada masyarakat. Justeru, INSKEN komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak media serta berharap hubungan erat yang terjalin melalui sesi seperti ini dapat diteruskan dan diperkukuh demi menyokong agenda pembangunan keusahawanan yang mampan dan inklusif.
INSKEN Media Hi-Tea telah diadakan di Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, sebuah restoran milik alumni program INSKEN yang juga merupakan penerima Anugerah Usahawan MADANI 2025 (AUMI) bagi kategori Anugerah Harapan. Pemilihan lokasi ini mencerminkan salah satu kisah kejayaan alumni INSKEN yang berdaya tahan, wajar dibanggakan serta dijadikan sumber inspirasi kepada usahawan lain.

12 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















