Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan kasar seorang lelaki terhadap seorang wanita di tempat awam. Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah hilang pertimbangan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, video itu menunjukkan situasi tegang di mana lelaki tersebut bertindak kasar terhadap kekasihnya. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis dalam video tersebut tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan tindakan teman lelakinya itu.
Artikel berkaitan: Bawa BF ‘Terlebih Prihatin’ Teman Kerja Syif Malam, Jururawat Digantung Tugas
Artikel berkaitan: Guru Dip*kul Beramai-ramai Oleh Murid Gara-gara Hina Pelajar Miskin?
Menurut gadis berkenaan, dia sendiri mengakui bahawa dirinya juga menjadi punca pergaduhan tersebut sehingga membuatkan emosi teman lelakinya terganggu.

“I admit apa yang dia buat dekat I too much… tapi I pun punca pergaduhan, I yang pancing emosi dia,” tulisnya dalam satu hantaran bagi membersihkan nama teman lelakinya.
Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak diterima baik oleh rata-rata netizen. Ramai yang berpendapat bahawa kekasaran dalam perhubungan tidak sepatutnya dinormalisasikan, walau apa jua punca pergaduhan tersebut.

Peringatan buat semua, jangan ingat isu pukul-pukul ini boleh selesai dengan permohonan maaf sahaja. Di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sesiapa yang dengan sengaja menyebabkan cedera boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000!
Kalau guna senjata lagi parah mengikut Seksyen 324. Jadi, sebelum naik tangan tu, fikir dulu panjang-panjang ya!
Sumber: Threads

17 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















