Syaz Ft 2026 02 10T114427.535

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial oleh pengguna bernama muhammadfaiz.hashim yang memaparkan momen beliau membawa isteri-isterinya menghadiri majlis kenduri kahwin di lokasi yang berbeza.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau menceritakan bagaimana beliau membahagikan masa dengan membawa isteri pertama ke kenduri di Terengganu dan isteri kedua pula ke majlis di Melaka.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila beliau membawa kedua-dua isterinya serentak untuk menghadiri majlis kenduri di Kuantan, Pahang, sekali gus memaparkan suasana harmoni dalam keluarga mereka.

Artikel berkaitan: “Takut jika tak izinkan, jadi perkara bukan-bukan” – Wanita Luah Lebih Senang Bermadu Dengan Kawan Sendiri

Artikel berkaitan: Jaheaik Buka Kertas Siasatan Kes Isteri ‘Madukan’ Suami Di Kelantan

Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah wajah tenang dan ceria isteri-isterinya dalam foto tersebut. Tindakan beliau membawa kedua-duanya sekali ke Kuantan menunjukkan satu usaha murni dalam menjaga hubungan baik antara madu, sekali gus membuktikan bahawa poligami boleh dijalani dengan penuh keharmonian jika diuruskan dengan bijak.

Rata-rata netizen memuji sikap keterbukaan dan keadilan yang cuba dipaparkan. Ramai yang berpendapat bahawa kemunculan bersama dalam satu majlis bukanlah perkara mudah, namun ia satu contoh yang baik dalam memupuk semangat kekeluargaan yang besar.

Cats 7

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.