6Kereta

Sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebelum terbakar berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Tualang Indah, Temerloh, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.55 tengah malam hasil panggilan orang awam.

Siasatan awal mendapati pasangan berusia 34 dan 35 tahun yang menaiki Proton Preve dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan apabila kenderaan mereka dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah SUV jenis Porsche Cayenne.

Screenshot 2026 02 15 At 10.26.08 Am

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum Proton Preve berkenaan terbakar. Pasangan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu SUV berusia 28 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan.

Screenshot 2026 02 15 At 10.27.03 Am

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk bedah siasat. Kedua-dua kenderaan akan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), manakala sampel darah dan air kencing pemandu SUV telah diambil untuk analisis toksikologi. Suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.