Ft Pendakwah

Seorang pendakwah bebas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bersama seorang lagi individu kerana disyaki menyalahgunakan kuasa mereka dengan meluluskan anggaran RM600,00 sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pendidikan dan dakwah.

Majistret Noorfazlina Musa memerintahkan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek itu selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis.

Artikel berkaitan: Pendakwah Wanita Buat Gurauan L*cah Dengan Budak Lelaki Dikecam

Artikel berkaitan: Pendakwah Muda Mohon Maaf C*um Pipi Budak Perempuan Cara Tak Senonoh Ketika Sesi Pengajian Agama

Gunakan jawatan luluskan bayaran tanpa sebarang persetujuan

Memetik laporan Sinar Harian, sumber menyatakan bahawa suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang Rabu semasa hadir untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, masing-masing merupakan Pengarah Urusan Syarikat dan Ketua Jabatan Kewangan dan Perakauan disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018.”

Screenshot 2026 02 05 163040

“Suspek utama seorang lelaki dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya telah bersubahat bersama suspek kedua, seorang wanita dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain.”

Sumber turut mengatakan bahawa siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.