Penghujung Era Juara Dunia, Viktor Axelsen Gantung Raket

11 hours ago 8

Dunia badminton hari ini dikejutkan dengan berita sedih apabila ‘The King’ dari Denmark, Viktor Axelsen, mengumumkan persaraannya secara rasmi. Keputusan drastik itu diambil selepas pemenang dua pingat emas Olimpik tersebut tidak lagi mampu menanggung masalah kecederaan belakang yang berlarutan sejak sekian lama.

Walaupun berat untuk meninggalkan sukan yang dicintainya, pemain berusia 32 tahun itu mengakui bahawa keadaan fizikalnya kini menjadi penghalang utama untuk beliau terus bersaing di peringkat elit.

Artikel berkaitan: Baru Lepas Jadi ‘World Champ’, Pemain Badminton Malaysia Didakwa Bercinta Dengan Pemain China?

Artikel berkaitan: “Tinggalkan 2 anak, isteri mengandung” – Lelaki 35 Tahun M*ut Ketika Main Badminton

Menurut Kosmo!, Axelsen jelaskan, keputusan ini bukan dibuat dalam sekelip mata. Beliau sudah pun mencuba pelbagai kaedah perubatan moden termasuk pembedahan dan suntikan, namun sakit yang ditanggung tetap tidak berkurangan.

Cats 17

“Disebabkan masalah belakang yang berulang, saya tidak lagi mampu untuk bersaing dan menjalani latihan pada tahap tertinggi.

Selepas menjalani pembedahan endoskopik, beberapa suntikan rawatan, kaedah latihan baharu serta pelbagai usaha lain demi menghilangkan kesakitan yang sudah lama saya tanggung, saya dinasihatkan untuk memberi keutamaan kepada kesihatan jangka panjang.

Menerima hakikat ini amat sukar. Namun kini saya sudah sampai ke satu tahap di mana tubuh saya tidak lagi membenarkan saya untuk terus bermain,” katanya.

Sepanjang 16 tahun berkelana di litar profesional, Axelsen dikenali sebagai pemain yang sangat berdisiplin dan sentiasa memberikan 100 peratus dalam setiap sesi latihan. Baginya, badminton adalah segalanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, pakar serta jurulatih saya yang telah berusaha mencari jalan terbaik. Sejak hari pertama saya memegang raket, saya tahu impian saya adalah untuk menjadi yang terbaik di dunia.

Saya telah memberikan segalanya kepada sukan ini dalam usaha mencapai matlamat itu setiap hari, setiap sesi latihan dan setiap perlawanan. Bagi saya, ini bukan sekadar kerjaya. Inilah kehidupan saya dan saya telah melakukan segala yang termampu tanpa berkompromi,” kongsinya lagi.

Bersara Sebagai Legenda Teragung (GOAT)

Melihat kembali pencapaiannya, Axelsen boleh tersenyum bangga. Beliau bukan sahaja memenangi pingat emas Olimpik berturut-turut di Tokyo 2020 dan Paris 2024, malah merangkul dua gelaran Juara Dunia (2017 & 2022) serta pelbagai kejuaraan Terbuka.

“Saya telah mencapai segala yang pernah saya impikan, malah lebih lagi. Saya berpeluang berdiri di pentas terbesar dan memenangi perlawanan yang menjadi impian setiap pemain. Sepanjang perjalanan ini, badminton mengajar saya tentang disiplin, pengorbanan dan ketahanan diri yang membentuk siapa diri saya hari ini,” katanya lagi.

Persaraan Axelsen menandakan berakhirnya satu era dominasi pemain Eropah di pentas dunia.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |