“Hutang tetap hutang”- Abang Siti Jamumall Tuntut Azar Azmi Bayar RM15,000

9 hours ago 10

Abang kepada pempengaruh, Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa bahawa pelakon Azar Azmi sudah 6 tahun berhutang sebanyak RM 15,000 dan masih belum dilunaskan.

Pemilik nama sebenar Mohd Khairul Nizam Wahuddin mendakwa bahawa wang tersebut diberikan kerana inin membantu pelakn tersebut memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan serta sokongan bagi sesi live di media sosial.

Artikel berkaitan: “Aku tak tahu mesej tu” – Azar Azmi Terkejut Janna Nick Dedah Dirinya Nak Pinjam Duit Selama ‘Menghilang’

Artikel berkaitan: “Saya perlukan duit” – Suami Azar Azmi Minta Kurangkan Jaminan, Dakwa Baru Keluar Hospital

Jelas Abiejam, dia mula ebrsuara apabila mendapat khabar berita kembali menjadi tumpuan dan sebutan orang ramai.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.”

“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.”

“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang.”

Screenshot 2026 04 15 183735

Abiejam turut mengatakan yang dia mempunyai bukti kukuh mengenai bantuan yang diberikan dan dia sedia berdepan dengan sebarang tindakan sekiranya kenyataannya itu tidak benar.

“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama.”

Jelasnya lagi, dia dan pihaknya sudah cuba bermacam-macam cara untuk mencari pelakon tersebut sepanang tempoh 6 tahun ini namun usahanya itu menemui jalan buntu.

“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang.” 

Bagaimanapun, Abiejam tidak menolak jika isu ini diselesaikan secara baik, cuma dia menegaskan supaya Azar tampil berjumpa dengannya dahulu.

Screenshot 2026 04 15 183703

Dalam pada itu, Abiejam menyatakan yang dirinya ada membuat 3 laporan polis terhadap bekas pekerjanya iaitu penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus berhubung dakwaan pecah amanah sehingga mengakibatkan syarikat Jamumall kerugian hampir RM 2 juta serta barang kemas miliknya turut dilarikan.

Abirjam turut menerima ancaman daripada seseorang yang mendorong dirinya terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |