Ft Infak Umrah

Bagi kebanyakan kita, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah adalah impian seumur hidup. Namun, kekangan kewangan sering kali menjadi penghalang utama buat golongan yang kurang bernasib baik.

Memahami rintangan ini, Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat telah melancarkan inisiatif Tabung Infak Umrah dengan misi yang cukup murni.

Melalui inisiatif ini, pihak surau menyasarkan kutipan dana sebanyak RM600,000. Dana yang terkumpul ini akan digunakan sepenuhnya untuk menaja kos ibadah umrah bagi 100 orang penerima terpilih dalam kalangan golongan asnaf dan kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Menara Kembar Bank Rakyat 1

Di samping itu, projek ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu usaha untuk merealisasikan harapan mereka yang selama ini hanya mampu melihat Kaabah dari skrin televisyen.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, inisiatif ini mendapat sokongan penuh daripada Bank Rakyat sebagai rakan kerjasama dan juga ikhlas.com (rakan rasmi AirAsia) yang turut turun padang sebagai rakan rasmi untuk membantu mempromosikan kempen ini ke peringkat yang lebih luas.

Untuk memudahkan orang ramai menyumbang, kutipan dana akan mula dibuka pada 1 Ramadan 1447H (bersamaan 19 Februari 2026). Orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR Tabung Infak Umrah untuk menyalurkan sumbangan secara pantas, telus, dan efisien.

Whatsapp Image 2026 02 19 At 13.03.26

Sesuatu yang menarik tentang program ini adalah kriteria pemilihannya iaitu permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan di:

  • Laman web rasmi Bank Rakyat.

  • Mana-mana cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Apa yang paling penting, pemohon perlu menyertakan kisah inspirasi umrah mereka sebagai asas penilaian oleh jawatankuasa khas.

Selain itu, anda bukan sahaja boleh memohon untuk diri sendiri, malah anda juga boleh mencalonkan individu lain yang dirasakan layak untuk menerima bantuan ini.

Usaha ini adalah peluang keemasan bagi masyarakat untuk menyemarakkan budaya infak dan sedekah jariah. Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sahaja membantu mencapai sasaran kutipan, malah memberi sinar harapan baharu kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk beribadah di Tanah Suci.

Sumber : Bank Rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.