syaz ft 2025 07 09T115802.575

Pernah menempa nama di China, Shila Amzah berkongsi tawaran tidak masuk akal yang diberikan oleh syarikat di sana.

Penyanyi popular itu mendedahkan, pernah ditawarkan menjadi duta jenama syampu dengan bayaran tak masuk akal iaitu 10 juta yuan (RM6 juta) di China beberapa tahun lalu dengan syarat dia perlu membuka tudungnya.

Artikel berkaitan: Shila Amzah Perlu Masa Untuk Terima Ibu Tiri, Masih Terkejut Dengan Pilihan Baru Bapanya

Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Alami Trauma Dengan Pulau Pinang, Namun Ubai Berjaya Mengubah Segalanya

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, bagaimanapun mengatakan bahawa dia menolak tawaran terbabit tanpa sekelumit penyesalan di dada.

“Ketika itu saya sudah berhijab. Saya terus tolak, tak perlu fikir pun,” katanya dalam sebuah video temu ramah bersama stesen radio tempatan siaran semalam.

Shila yang kini menjadi juri dalam sebuah rancangan realiti tv berkongsi, artis di China kebiasaannya memang berduit memandangkan rata-rata selebriti dibayar dengan jutaan yuan setiap projek.

“Memang di China pelakon dan penyanyi akan lebih kaya. Satu episod lakonan memang akan dibayar jutaan yuan,” katanya lagi.

Sebelum ini,  Shila mula mencipta nama di China selepas menjadi juara pertandingan nyanyian Asian Wave pada tahun 2012.

Namanya makin terkenal selepas menyertai satu lagi pencarian bakat I am A Singer musim kedua pada 2014 menyebabkannya mula berpindah mencari rezeki di Hong Kong.

Banyak tu RM 6 juta!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.