syaz ft 2025 09 10T155025.892

Dua bekas tentera mengaku bersalah hari ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas dua pertuduhan menceroboh bilik koperasi dan bilik guru dengan melarikan wang tunai RM25 di sebuah sekolah di Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

Tertuduh, Mohd Izaman Sazli Che Noordin, 40, dan Mohd Zulkifli Mat Ghani, 41, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, mahkamah bagaimanapun menetapkan 21 September depan untuk fakta kes dan hukuman.

Artikel berkaitan: Tentera Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa, Tahan 4 Orang Pengawal

Artikel berkaitan: “Van jenazah pun nak curi” –  Lelaki Terlibat Kemalangan Rempuh Lori Lepas Curi Van Jenazah

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa menceroboh bilik koperasi dan bilik guru dengan melarikan wang tunai RM25 di sebuah sekolah di Batu Melintang jam 1 pagi pada 31 Ogos lalu.

Mengikut laporan Harian Metro, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 September sebagai tarikh fakta kes dan hukuman.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.